Korban 2 juta, kes positif 93 juta

JUMLAH kumulatif kematian di peringkat global akibat Covid-19 kini mencecah dua juta orang manakala kes positif pula melebihi 93 juta kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan sebanyak 2,006,665 pesakit meninggal dunia di mana Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 391,631 kematian.

Setakat pukul 10 pagi ini, AS juga kekal kekal negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 23,503,736 kes.

Ini diikuti India dengan 10,527,683 kes, Brazil 8,393,492, Rusia  3,483,531 dan United Kingdom 3,325,642 kes.

Lima buah negara merekodkan lebih dua juta kes iaitu Perancis 2,931,395, Turki 2,373,115, Itali 2,352,423, Sepanyol 2,252,164 dan Jerman 2,023,801.

Melebihi satu juta kes pula adalah Colombia yang merekodkan 1,870,180, Argentina 1,783,047, Mexico 1,588,369, Poland 1,422,320, Iran 1,318,295, Afrika Selatan 1,311,686, Ukraine 1,183,963 dan Peru 1,048,662.

Netherlands pula mencatatkan 914,388 kes, Indonesia 882,418, Czechia 874,605, Kanada 700,538, Romania 688,270, Belgium 672,886, Chile 661,180 dan Iraq 606,991.

Lima negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Israel 535,049, Portugal 528,469, Bangladesh 526,485, Sweden 523,486 dan Pakistan 514,338.

Sementara itu bagi kematian pula, Brazil mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu 208,246, India 151,918, Mexico 137,916, United Kingdom 87,448, Itali 81,325, Perancis 70,090, Rusia 63,558, Iran 56,621, Sepanyol 53,314.

Colombia 47,868, Jerman 45,705, Argentina 45,227, Peru 38,564, Afrika Selatan 36,467, Poland 32,844, Indonesia 25,484, Turki 23,664, Ukraine 21,479, dan Belgium 20,294.

Melebihi 10,000 kematian adalah Kanada 17,743, Chile 17,369, Romania 17,098, Ecuador 14,273, Czechia 14,029, Netherlands 12,969 , Iraq 12,932, Hungary 11,177, Pakistan 10,863 dan Sweden 10,323.

Related posts

Leave a Comment