Tingkah laku manusia pengaruhi kes

TINGKAH laku manusia juga sebagai  penyebab peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini, bukannya menyalahkan mutasi baharu virus itu semata-mata.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mutasi baharu Covid-19 di Britain, Afrika Selatan dan Brazil tidak memberi sebarang kesan ketara ke arah lonjakan kes jangkitan koronavirus itu.

Pengarah Program Kecemasan WHO Dr Michael Ryan berkata, adalah tidak wajar untuk menyalahkan mutasi baharu virus itu semata-mata.

Katanya, mutasi  baharu mungkin akan mempunyai impak pada masa akan datang dan sekarang.

“Tetapi, adalah terlalu mudah untuk hanya menyalahkan varian itu dan mengatakan, ‘virus itu yang melakukannya’. Malangnya, kesalahan juga terletak pada apa yang kita tidak lakukan.

“Kita perlu mengambil tanggungjawab ini, secara individu, komuniti dan secara kerajaan, kerana telah menyebabkan virus ini berada di luar kawalan,” katanya pada taklimat media semalam.

Beliau mengakui kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai kini semakin lemah.

Justeru, Ryan meminta pegawai kesihatan menghormati langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan pemakaian pelitup muka.

Related posts

Leave a Comment