Timbalan menteri komunikasi positif

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Ahli Parlimen Padang Besar itu menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.

Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Terdahulu pada 25 Disember tahun lepas, beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19, dan keputusannya ialah negatif,” menurut kenyataan itu lagi.

Zahidi, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kini dalam keadaan stabil, dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Related posts

Leave a Comment