Saudi catat 140 kes bahsru

RIYADH — Arab Saudi merekodkan 140 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif 363,949. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak empat lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian Sebanyak 158 kes pulih dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan sembuh 355,706 atau 97.73 peratus. Riyadh mencatatkan 43 kes diikuti wilayah Timur 30 dan Makkah 28.

Read More

Lapan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 11:Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan jumlah kluster aktif kini 258 kluster, dengan 68 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini. Kluster baharu iaitu Kluster Jalan Keluli di Johor mencatatkan 42 kes, Kluster Medan Idaman (Kuala Lumpur – 10 kes), Kluster Jelita (Sarawak – lapan kes), Kluster Kampung Renok (Kelantan – 23 kes), Kluster Kampung Geting (Kelantan – 11 kes), Kluster Kubang Bujuk (Terengganu – 10 kes), Kluster Lumut Barat (Perak – 11 kes) dan Kluster Kejaya (Terengganu – sembilan kes). Beliau berkata, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu…

Read More

Kes varian baharu dari UK di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan  satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 atau 20202/01 mutasi spike protein di negara ini pada hari ini, 11 Januari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Katanya, kes tersebut dilaporkan dari seorang pengembara warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember 2020. Dia  didapati positif pada 28 Disember 2020 lepas dan diasingkan untuk rawatan lanjut. Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk United Kingdom, Belanda, Singapura,…

Read More

Tindakan putus rantaian jangkitan

PUTRAJAYA 11 Jan. – Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) adalah satu tindakan untuk memutuskan rantaian jangkitan penularan virus Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata negeri-negeri yang dikenakan PKP merupakan negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya hampir mencapai kapasiti maksimum. Beliau berkata demikian dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan hari ini. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan…

Read More

Rentas negeri dan daerah dilarang

BAGI mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian Covid-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Larangan itu terpakai bagi negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari hingga 26 Januari yang melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Sabah, dan Melaka. Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara…

Read More

Masjid Istiqlal siap diubahsuai

MASJID terbesar di Asia Tenggara, iaitu Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia sudah siap menjalani kerja ubah suai secara besar-besaran yang dimulakan sejak Mei 2019. Ini adalah kali pertama masjid tersebut menjalani kerja ubah suai sejak dibina 42 tahun lalu. Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, kos ubah suai Masjid Istiqlal menelan belanja Rp511 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan negara. Jumlah itu meliputi pelbagai kerja termasuk meluaskan kawasan tempat meletak kereta, mempertingkat landskap serta penyenggaraan kawasan lapangan plaza,naik taraf tandas dan tempat wuduk serta sistem elektrik dan paip. Majlis pembukaan semula masjid…

Read More

ADUN Galas, isteri positif covid-19

KOTA BHARU 11 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian swab, kelmarin. Dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini, Mohd Syahbuddin berkata turut disahkan dijangkiti wabak itu adalah isterinya Nor Azila Sidi Ahmad, 40, dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai. “Dengan penuh dukacita dan hiba, hari ini saya dan isteri disahkan positif COVID-19 dan kepada semua yang ada berhubung rapat dipohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan dan puan yang terpaksa menjalani…

Read More