Lapan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 11:Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan jumlah kluster aktif kini 258 kluster, dengan 68 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.

Kluster baharu iaitu Kluster Jalan Keluli di Johor mencatatkan 42 kes, Kluster Medan Idaman (Kuala Lumpur – 10 kes), Kluster Jelita (Sarawak – lapan kes), Kluster Kampung Renok (Kelantan – 23 kes), Kluster Kampung Geting (Kelantan – 11 kes), Kluster Kubang Bujuk (Terengganu – 10 kes), Kluster Lumut Barat (Perak – 11 kes) dan Kluster Kejaya (Terengganu – sembilan kes).

Beliau berkata, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (157 kes), Kluster Teratai (83 kes) dan Kluster Beringin (48 kes).

Dr Noor Hisham juga berkata, PKP di enam negeri yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi, adalah selaras langkah proaktif kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Katanya pihaknya menyambut baik pengumuman itu, yang juga melibatkan negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga selama 14 hari hingga 26 Jan.

Related posts

Leave a Comment