Saudi buka sempadan 31 Mac

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi akan membuka semula sempadan negaranya termasuk pelabuhan darat, laut dan ruang udara mulai 31 Mac ini.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi juga akan membenarkan rakyat negara itu melakukan perjalanan dari dalam dan luar negara.

Menurut Kementerian itu, semua larangan penerbangan antarabangsa akan turut ditarik balik pada tarikh yang sama.

Keputusan dibuat susulan penurunan kes jangkitan Covid-19 di negara itu, meskipun beberapa negara berdepan ‘gelombang kedua’ pandemik.

Difahamkan pertimbangan berhati-hati untuk menamatkan larangan penerbangan antarabangsa, disifatkan sebagai petanda besar bahawa Arab Saudi telah mengkaji sebaiknya langkah itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, Arab Saudi mula menerima mula menerima kemasukan dari Qatar berikutan pembukaan semula sempadan termasuk ruang udara kepada Qatar.

Related posts

Leave a Comment