Menghampiri 87 juta kes

Setakat 6 Januari 2021, jumlah kumulatif kes COVID-19 dunia menghampiri 87 juta berikutan pertambahan 748,062 kes baharu dilaporkan dalam 24 jam yang lepas. Jumlah kes kematian juga kini 1.88 juta kes iaitu peningkatan 15,435 kes.

Angka kes positif di Amerika Syarikat pula telah melepasi 21 juta kes. Ini diikuti India, Brazil dan Rusia. Negara-negara yang mencatatkan kes melebihi 2 juta kes adalah UK, Perancis, Turki dan Itali. Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Aftrika Selatan, Ukraine dan Peru pula merekodkan kes positif melebihi 1 juta kes. Botswana pula negera terbaharu yang mencatatkan kes melebihi 15 ribu.

Di ASEAN, jumlah kes positif di Indonesia makin menghampiri 80 ribu kes diikuti Filipina dan Myanmar. Malaysia pula kini di atas Honduras iaitu ke-71 dunia.

#kkm

Related posts

Leave a Comment