Sabah catat 303 kes baharu

KOTA KINABALU 4 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, merekodkan 303 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes.

Tiga kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Tawau, Keningau dan Lahad Datu.

Pada hari ini, seramai 147 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,530 orang.

Sejumlah 1,971 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 665 orang di hospital dan 1,306 orang di PKRC.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 52 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tongod bertukar dari zon hijau ke zon kuning, manakala Kalabakan berubah dari zon jingga ke zon merah.

Daripada 303 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 221 kes (72.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 56 kes (18.5%), saringan kluster-kluster sedia ada tiga (3) kes (1%) dan 23 kes (7.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 948 unit sementara  di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,392 unit.

Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 30.84%.

Related posts

Leave a Comment