231 kluster aktif dipantau

PUTRAJAYA 4 Jan. –  Sebanyak 537 kluster termasuk lima kluster baharu pada hari ini direkodkan setakat ini dengan 306 daripadanya telah tamat.

Enam yang turut tamat hari ini adalah Kluster Batu Sembilan, Kluster Saguking, Kluster Monsoon, Kluster Buntar, Kluster Sky Coklat, dan Kluster Gading.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 231 daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Duyong (95 kes), Kluster Jalan Perindustrian (81 kes) dan Kluster Hentian (73 kes).

Sementara itu, lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER JALAN DUYONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 536 individu disaring, di mana 110 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PASAR JALAN SENTOSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118272) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 293 individu disaring, di mana 61 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN NAKHODA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 99 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER EHSAN IBOL

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang, dan Selama di Perak serta daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-111642) dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 40 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TELOK MAS

Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Melaka Tengah di Melaka. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114991 dan kes ke-114993) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 33 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment