1 juta disuntik bulan depan

KOTA TINGGI 2 Jan. – Vaksin Covid-19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat negara ini bermula bulan depan.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, bagi fasa pertama vaksin akan diberikan kepada barisan hadapan negara diikuti  golongan rentan (mudah mendapat penyakit) dan pesakit kronik termasuk buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

Katanya, Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioTecNTech akan diagih dan disuntik bagi fasa pertama.

“Ia kemudian diikuti fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei. Kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, di sini, hari ini

Related posts

Leave a Comment