140 kes baharu di Arab Saudi

Sementara itu di RIYADH  Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 140 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 362,741 kes. Bagi tempoh 24 jam itu juga, sembilan lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,223 kematian. Sebanyak 171 kes pulih dilaporkan dan perkembangan ini membantu menambah jumlah pesakit sembuh sebanyak 353,853, atau 97.54 peratus. Riyadh merupakan daerah yang merekodkan kes tertinggi iaitu 55 kes diikuti Makkah  31 dan Timur 21 kes. Kes aktif pula adalah sebanyak 2,665 di mana 368 adalah kritikal.

Read More

Lima keutamaan pada 2021

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kerajaan menggariskan lima keutamaan pada 2021 dalam satu strategi bersepadu pemulihan negara pasca-Cogid-19 bagi memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pertama adalah mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin Covid-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara. Kedua, memperkukuh ekonomi prihatin rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca-COVID-19 melalui pelaksana Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Ketiga memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas kepada pemulihan ekonomi yang mampan dan keempat, menjamin kedaulatan negara terpelihara dan…

Read More

Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 31 Dis. – Lima lagi kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 511 di mana 286 telah tamat termasuk tiga hari ini iaitu Kluster Teduh, Kluster Jaya dan Kluster Berendam. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 225 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (371 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes),  dan Kluster Teratai (151 kes). Lima kluster baharu adalah KLUSTER JALAN GALAH Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah…

Read More

Selangor, Sabah, Melaka tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes, daripada jumlah itu sebanyak 995 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes dan Melaka sebanyak 239 kes. Selangor 774 kluster sedia ada 12 kluster baharu (Jalan Gajah) 209 saringan kontak rapat 210 lain-lain saringan Sabah 3 kluster sedia ada 202 saringan kontak rapat 94 lain-lain saringan Melaka 233 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 3 lain-lain saringan KL 80 kluster sedia ada 14 kluster baharu (Jalan Datuk) 63 saringan…

Read More

Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz

SHAH ALAM 31 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan, pertukaran nama jalan tersebut akan dilaksanakan dalam kadar segera. Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor berkenan mengabadikan nama tokoh tersohor, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid itu bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham dalam bidang pendidikan serta ekonomi Melayu semasa hayatnya. “Untuk itu, baginda berkenan menerima menghadap anak Allahyarham, Dr Zeti…

Read More

Kes positif tertinggi harian

PUTRAJAYA 31 Dis. – Menutup tirai tahun 2020, kes baharu Covid-19 melonjak kepada 2,525 kes, angka tertinggi sejak setahun pandemik itu melanda negara menjadikan jumlah keseluruhan 113,010 kes. Sebanyak lapan kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 471 orang sementara jumlah kes aktif pula adalah 23,598 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tempatan adalah 2,525 manakala 13 lagi kes import. Kes sembuh pula adalah sebanyak 1,481 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya adalah 88,941 kes. Setakat ini terdapat 131 kes positif yang sedang dirawat di Unit…

Read More

Semoga rakyat sabar dan cekal

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar rakyat terus sabar dan cekal mengharungi pandemik Covid-19 yang melanda negara ini. Dalam titah ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia dalam dan luar negara, Seri Paduka Baginda berdua amat prihatin terhadap nasib rakyat dan turut sama merasakan keperitan hidup rakyat, terutama mereka yang kehilangan orang tersayang mahupun punca pendapatan, akibat penularan wabak Covid-19 ini. Menurut kenyataan yang  dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana…

Read More

Vaksin dari lima syarikat

MALAYSIA telah berusaha untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin daripada lima syarikat farmaseutikal serta fasiliti COVAX bagi mencapai jumlah liputan vaksin sebanyak 82.8% populasi atau 26.5 juta rakyat Malaysia. Ini melebihi daripada sasaran awal iaitu 70%. Perolehan vaksin #COVID19 daripada beberapa syarikat berbeza dibuat bagi memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin yang mencukupi, selamat dan berkesan. #kkm

Read More

Imbasan: Persoalan dilontar 2015 kini terjawab

MAMPUKAH PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG DISELAMATKAN? KESEMPATAN menyertai rakyat­ Malaysia meneruskan tradisi balik kampung, saya berpe­luang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Naik di Terminal Feri Raja Tun Uda (bahagian pulau) dan turun di Terminal Feri Sultan Abdul Halim (tanah besar). Mungkin disebabkan cuti hari raya kedua, jumlah penumpang agak ramai. Sesak lebih-lebih lagi tempoh menunggu pula lebih 20 minit. Tidak pasti kekerapan perkhidmatan feri ini. Kehadiran pendatang asing yang ‘keluar’ beramai-ramai sempena hari cuti menyebabkan berlaku kesesa­kan dan tolak-menolak. Penumpang tempatan yang terdiri daripada wani­ta dan warga emas kesal dengan…

Read More

Pulut kukus…

PULUT kukus dengan kelapa dan ikan kering. Itu antara menu menyorok orang sebelah utara khususnya. Sekarang tak payah susah nak tanak pulut. Cari saja di gerai atau restoran tertentu. Di Bandar Perda, Permatang Pauh, di medan selera atau penjaja di situ, Cafe Rayyan Lagenda menyajikan menu ini setiap pagi. Boleh pilih nak pulut kosong atau pulut ikan masin. Ikan goreng biasa pun ada. Kalau pulut kosong RM2 dan dengan ikan masin RM3.

Read More