14.5j kes, 281,121 maut di AS

AMERIKA Syarikat (AS) terus mendahului catatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 14,567,529 daripada jumlah kes global 66,457,031.

Menurut data Johns Hopkins University, AS juga merekodkan kes tertinggi kematian dengan 281,121 kes daripada jumlah kes global sebanyak 1,527,323.

India pula di tangga kedua dengan 9,608,211 kes dan ketiga tertinggi kematian iaitu 139,700 sementara Brazil merekodkan 6,577,177 kes dan di tempat kedua kematian dengan 176,628 kes.

Rusia dan Perancis masing-masing merekodkan 2,410,462 dan 2,334,626.

Sembilan negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu 1,710,378 United Kingdom, 1,709,991 Itali, 1,684,647 Sepanyol, 1,459,832 Argentina, 1,362,249 Colombia, 1,170,095 Jerman, 1,156,770 Mexico, 1,054,273 Poland dan 1,028,986 Iran.

Peru merekodkan 970,860 kes, Ukraine 822,985, Afrika Selatan 810,449 dan Turki 797,893.

Tujuh negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Belgium 587,439, Indonesia 569,707, Iraq 562,520, Netherlands 559,697, Chile 558,668, Czechia 544,112 dan Romania 508,345.

Bangladesh, Filipina, Pakistan dan Kanada merekodkan lebih 400,000 kes, lebih 300,000 kes dicatatkan Morocco, Arab Saudi, Switzerland, Israel, Portugal dan Austria manakala lebih 200,000 kes direkodkan Sweden, Hungary, Nepal, Jordan dan Serbia.

Dua puluh tiga negara pula merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Ecuador, Kazakhstan, Panama, Emiriyah Arab Bersatu, Jepun, Kuwait, Azerbaijan, Armenia, Qatar, Lebanon, Mesir, Oman, Costa Rica, Guatemala, Ethiopia, Venezuela dan Tunisia.

Bagi kes kematian pula, Mexico merekodkan 108,863, United Kingdom 61,111, Itali 59,514, Perancis 55,073, Iran 50,016, Sepanyol 46,252, Rusia 42,228, Argentina 39,632, Colombia 37,633, Peru 36,195 dan Afrika Selatan 22,067.

Poland merekodkan 19,861 kes, Jerman 18,654, Indonesia 17,589, Belgium 17,142, Chile 15,592, Turki 14,705,  Ukraine 13,877, Ecuador 13,756, Kanada 12,607, Iraq 12,411, Romania 12,186, Netherlands 9,743, Bolivia 8,987, Czechia 8,782, Filipina 8,526, Pakistan 8,303, Sweden 7,067,  Bangladesh 6,807, Mesir 6,750 dan Morocco 6,184.

Arab Saudi dan Hungary pula merekodkan 5,954 dan  5,706 kes.

Related posts

Leave a Comment