70 peratus perlu divaksin

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 60 hingga ke 70 peratus penduduk dunia perlu divaksin bagi mengurangkan kadar penularan jangkitan Covid-19.

Pakar vaksin WHO, Dr Katherine O’Brien berkata, ketika ini, imunisasi terhadap Covid-19 adalah satu-satunya kaedah bagi mengurangkan jangkitan.

Bagaimanapun, Dr O’Brien memaklumkan sehingga kini belum jelas vaksin boleh mengurangkan tempoh seseorang individu mengalami penyakit itu.

“Adalah penting untuk kita mengetahui lebih lanjut berkenaan apa kemampuan vaksin, bukan sahaja untuk mengekang penyakit, tetapi mengelak penularan virus dan karakter jangkitan,” katanya pada sidang media di Geneva.

Sementara itu, Pengarah Eksekutuf Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan menjelaskan dalam situasi tertentu, pemberian vaksin secara bersasar adalah lebih berkesan.

“Kita telah melihat dalam banyak kluster, hanya 20 peratus kes menjangkiti yang lain, 80 peratus lagi tidak menjangkiti sesiapa.

“Kita pernah melihat jangkitan berdasarkan ‘super spreader’, sesetengan konteks dan kumpulan yang menyebabkan virus menular.

“Jadi ia memerlukan strategi vaksin yang jelas untuk menyasarkan kalangan dalam komuniti yang boleh membawa dan menularkan jangkitan virus,” kata Dr Ryan.

Vaksin Covid-19 dijangka diedarkan seawal tahun depan.

Related posts

Leave a Comment