Kes harian Filipina 1,631

FILIPINA, setakat pukul 4 petang, 27 November, mencatatkan 1,631 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 425,918 dengan kes aktif sebanyak 30,047.

Menurut Jabatan Kesihatan, terdapat 46 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,255 orang.

Kes sembuh pula meningkat kepada 387,616 termasuk 370 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Related posts

Leave a Comment