252 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 24 Nov. – Arab Saudi merekodkan 252 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 355,741. Sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa kepada 5,811 kematian. Kes aktif pula adalah 5,619 di mana 743 adalah kritikal. Bagi kes pulih pula, Kementerian Kesihatan melaporkan 495 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih adalah 344,311 atau 97 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, rekod catatan kes di kota utama kurang daripada 50 kes di mana Riyadh mendahului dengan 33 kes, Madinah 19 dan Makkah 18.

Read More

4,192 kes baharu Indonesia

JAKARTA 24 Nov. – Indonesia merekodkan 4,192 kes tambahan Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif 506,302 dengan kes aktifnya sebanyak 64,878 atau 12.8 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes baharu itu, Provinsi Jakarta merekodkan 1,015 kes dengan kumulatif wilayah itu 129,188 kes, diikuti Jawa Tengah 928 (kumulatif 49,313) Jawa Timur merekodkan 354 kes  (59.398 kes), Jawa Barat 299 (48.965 kes) dan Banten sebanyak 144 kes (11.950 kes). Bagi kes meninggal dunia pula, sebanyak 109 kematian dilaporkan menjadikan angka kumulatif kematian 16,111. Jawa Timur merekodkan 31 kes kematian menjadikan…

Read More

Dua minggu sifar kes tempatan

SINGAPURA 24 Nov. –  Sebanyak 18 kes import Covid-19 direkodkan hari ini, yang juga menandakan dua minggu Singapura tidak melaporkan kes tempatan. Dengan perkembangan ini, Singapura mencatatkan 58,183 kes Covid-19 dengan 28 kematian akibat penyakit itu. Pada masa yang sama Singapura juga bebas daripada sebarang kluster atau kelompok aktif selepas penamatan kluster asrama di Penjuru Walk. Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kes yang dilaporkan hari ini adalah jumlah harian tertinggi direkodkan sejak 11 November lalu. Tiga kes hari ini tidak mengalami gejala manakala bakinya dikesan menerusi pengawasan dan pemeriksaan. Dua daripada…

Read More

167 kluster aktif

SEHINGGA 24 November, terdapat 334 kluster dilaporkan. Jumlah kluster yang  tamat pula adalah sebanyak 167 dengan satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Layangan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Teratai (1,511 kes), Kluster Tembok (103 kes), dan Kluster Bintang (69 kes). Peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang secara amnya dan di negeri Selangor secara khususnya kebelakangan ini adalah…

Read More

Teratai Klang tertinggi

SELANGOR merekodkan kes tertinggi penularan Covid-19 dengan pertambahan sebanyak 1,623 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, 1,539 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada. Daerah Klang mendahului dengan 1,537 kes di mana Kluster Teratai menjadi penyumbang terbesar sebanyak 1,511 kes Daerah GOMBAK merekodkan 9 kes, HULU LANGAT 29, KUALA LANGAT 11, KUALA SELANGOR 2, daerah PETALING 31 kes, SEPANG 4,

Read More

Selangor catat kes tertinggi

SELANGOR masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes (74.2 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 232 kes (10.6 peratus) dan Perak sebanyak 112 kes (5.1 peratus). Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Perlis tidak melaporkan sebarang kes. Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di negeri Selangor adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (93.1 peratus).

Read More

Kenaikan mendadak

PUTRAJAYA 24 Nov. – Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila Malaysia merekodkan sebanyak 2,188 kes baharu berbanding 1,884 kes yang dilaporkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 58,847 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu tiada kes import dilaporkan, bermakna kesemuanya kes penularan dalam negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 14,353 kes, Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan sebanyak empat kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian setakat ini sebanyak 341 kes. Setakat ini,…

Read More

131 gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Masih ada yang dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka, iaitu antara Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semalam, seramai 131 individu ditahan kerana melakukan kesalahan itu di samping 59 lagi individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam 311 individu daripada 329 individu yang ditahan telah dikompaun manakala lima individu pula direman dan 13 individu dijamin. Selain gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal, 50 kes adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, 38 rentas…

Read More

Brunei catat kes ke-150

BRUNEI DARUSSALAM melaporkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini, 25 November menjadikan jumlah keseluruhan 150 kes kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar. Beliau memaklumkan kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tiba dari Mesir dengan penerbangan Royal Brunei melalui Kuala Lumpur pada 13 November lalu. Lelaki tanpa tanda jangkitan itu kini dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan. Katanya, pengesanan lima kontak terdekat sudah dilakukan di mana semuanya didapati negatif. Dr. Md. Isham berkata dengan perkembangan ini, sembilan kes import dikesan sejak kes jangkitan tempatan terakhir direkodkan…

Read More

Keningau ke Parlimen dipersoal

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika selepas blok pembangkang mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Keningau, Dr Jeffrey Kitingan dalam sesi hari ini. Mereka mendakwa, Jeffrey sepatutnya masih berada dalam proses kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah. Perkara itu dibangkitkan Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) yang mendakwa Jeffrey baru saja pulang dari Keningau, Sabah. “Saya difahamkan ada dalam kalangan kita baru pulang dari Sabah iaitu Keningau, yang sepatutnya berada dalam kuarantin atau tidak. Mohon Speaker jelaskan perkara ini,” katanya ketika mencelah di Dewan Rakyat pada Selasa. Turut…

Read More