Brunei catat kes ke-150

BRUNEI DARUSSALAM melaporkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini, 25 November menjadikan jumlah keseluruhan 150 kes kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar.

Beliau memaklumkan kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tiba dari Mesir dengan penerbangan Royal Brunei melalui Kuala Lumpur pada 13 November lalu.

Lelaki tanpa tanda jangkitan itu kini dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Katanya, pengesanan lima kontak terdekat sudah dilakukan di mana semuanya didapati negatif.

Dr. Md. Isham berkata dengan perkembangan ini, sembilan kes import dikesan sejak kes jangkitan tempatan terakhir direkodkan pada 6 Mei lalu.

Beliau memaklumkan hari ini  adalah hari ke 202, Brunei Darussalam tanpa jangkitan tempatan Covid-19.

Setakat ini 145 kes sembuh dan tiga kematian dilaporkan.

Sementara itu, seramai 558 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan selepas tiba di Brunei.

Sebanyak 8,287 telah menamatkan pengasingan diri di kemudahan yang disediakan.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 284 sampel telah diuji bagi virus SARS-Cov-2 di mana 75,916 telah menjalani ujian itu.

Related posts

Leave a Comment