Kenaikan mendadak

PUTRAJAYA 24 Nov. – Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila Malaysia merekodkan sebanyak 2,188 kes baharu berbanding 1,884 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 58,847 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu tiada kes import dilaporkan, bermakna kesemuanya kes penularan dalam negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 14,353 kes,

Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan sebanyak empat kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian setakat ini sebanyak 341 kes.

Setakat ini, 112 kes positif menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 49 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh akibat Covid-19 yang direkodkan adalah sebanyak 1,673 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat Covid-19 sebanyak 44,153 kes.

Related posts

Leave a Comment