167 kluster aktif

SEHINGGA 24 November, terdapat 334 kluster dilaporkan. Jumlah kluster yang  tamat pula adalah sebanyak 167 dengan satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Layangan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Teratai (1,511 kes), Kluster Tembok (103 kes), dan Kluster Bintang (69 kes).

Peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang secara amnya dan di negeri Selangor secara khususnya kebelakangan ini adalah berkait rapat dengan kluster-kluster di tempat kerja.

Sehingga kini, terdapat 119 kluster yang dilaporkan adalah berkaitan tempat kerja. Daripada jumlah itu, sebanyak 36 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 83 buah kluster lagi masih aktif sehingga ke hari ini. Sejumlah 77,201 individu telah disaring di mana sebanyak 12,079 kes telah didapati positif Covid-19.

Ini melibatkan 4,398 kes warganegara dan 7,681 kes adalah bukan warganegara.

NOTA: Lima kluster berkaitan tempat kerja yang melaporkan kes tertinggi sejak bermulanya pandemik Covid-19 di negara kita.

Related posts

Leave a Comment