319 kes baharu di Saudi

RIYADH 19 Nov. – Selepas merekodkan 290 kes semalam, jumlah terendah sejak pandemik Covid-19 melanda, Arab Saudi hari ini merekodkan 319 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 354,527 kes. Sebelum ini jumlah kes jangkitan di bawah 400 kes adalah pada 15 November yang merekodkan 305 kes, 311 (12 November) 305 (15 November), 301 (16 November) Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 19 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 5,729 kematian. Sebanyak 6,842 kes aktif dilaporkan di mana 796 adalah kritikal. Kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 441 yang membawa kepada peningkatan kes sembuh…

Read More

Sabah catat 660 kes baharu

KOTA KINABALU 19 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini sebanyak 660 kes dengan kumulatif meningkat kepada 24,929 kes. Dua kematian dicatatkan iaitu masing- masing di daerah Sandakan dan Lahad Datu sementara 419 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital. Seramai 2,202 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 646 orang di hospital dan 1,556 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 74 orang dan 15 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Tenom bertukar dari zon hijau ke zon kuning. Daerah Sandakan mencatatkan…

Read More

KL 72 kes, lima import

KUALA LUMPUR melaporkan 72 kes baharu termasuk lima kes import. Titiwangsa kini menjadi zon jingga selepas mencatatkan dua kes baharu. Jumlah kes aktif di kawasan Parlimen tersebut kini adalah; 21. Segambut catat kes baharu tertinggi iaitu 25. Satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Prestij. 20 kes dikesan positif. Bagi kes sembuh pula, Kuala Lumpur dan Putrajaya melaporkan tujuh  kes sembuh. Kes aktif mengikut daerah: Kepong 1231 Lembah Pantai 111 Titiwangsa 47 Cheras 176 Jumlah kes aktif di Putrajaya; 33 Jumlah kes aktif di KL dan Putrajaya; 1,598  

Read More

165 kluster dipantau

SETAKAT ini terdapat 319 kluster dilaporkan dan hari ini empat lagi kluster baharu dikenal pasti menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 165 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (245 kes), Kluster Penjara Sandakan (215 kes) dan Kluster Kapas BJ (55 kes). Sebanyak enam kluster telah tamat iaitu Kluster Umboo, Kluster Bah Mutiara, Kluster Khazanah, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Bangat dan Kluster Bah Kasturi. Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 154 kluster. Empat…

Read More

Kembali empat angka 1,290

PUTRAJAYA 19 Nov. – Kes baharu Covid-19 kembali kepada empat angka hari ini apabila merekodkan 1,290 kes menjadikan jumlah kes positif 51,680 kes. Untuk rekod, semalam jumlah kes adalah 660 dan pada 17 November merekodkan 1,210 dan pada hari sebelumnya 1.103 kes. Daripada jumlah kes itu, dua negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi ialah Sabah sebanyak 660 kes diikuti Selangor (407 kes). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 878 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 38,132 kes. Dalam satu kenyataan, beliau juga memaklumkan, terdapat…

Read More

108 gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Seramai 289 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada Rabu. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 277 individu dikompaun manakala 11 lagi direman selain seorang dibebaskan dengan jaminan polis. Antara kesalahan dikesan termasuk 108 tidak memakai pelitup muka, 59 gagal mematuhi penjarakan fizikal, 51 gagal menyediakan peralatan merekodkan butiran pelanggan dan 38 kes rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran. Mengenai Op Benteng, katanya pihak berkuasa menahan seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI)…

Read More

Dr M sedih, kesunyian

TINGGAL saya seorang. Saya sedih. “Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.” Begitulah luahan rasa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di blog rasminya chedet.cc hari ini. Dalam posting terkini itu, beliau meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia. Terkini Khalid Abdullah (Khalid Julong) yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Pengerusi Utusan Melayu.

Read More