319 kes baharu di Saudi

RIYADH 19 Nov. – Selepas merekodkan 290 kes semalam, jumlah terendah sejak pandemik Covid-19 melanda, Arab Saudi hari ini merekodkan 319 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 354,527 kes.

Sebelum ini jumlah kes jangkitan di bawah 400 kes adalah pada 15 November yang merekodkan 305 kes, 311 (12 November) 305 (15 November), 301 (16 November)

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 19 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 5,729 kematian.

Sebanyak 6,842 kes aktif dilaporkan di mana 796 adalah kritikal.

Kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 441 yang membawa kepada peningkatan kes sembuh 341,956 atau 96.45 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 50 kes diikuti Makkah 29, Madinah 24 dan Jeddah 20.

Related posts

Leave a Comment