Lima kluster baharu, 5 tamat

PUTRAJAYA 17 Nov. – Lima lagi kluster dikenal pasti ketika Kementerian Kesihatan mengisytiharkan lima kluster ditamatkan iaitu Kluster Bangau-Bangau, Kluster Tasik, Kluster Olive, Kluster Buang Sayang dan Kluster Kau Sing.

Sebanyak 41 kluster aktif dengan kes baharu dilaporkan hari ini termasuk lima kluster baharu. Kluster Avenue catat kes baharu tertinggi (106) antara semua kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu yang dikenal pasti ialah Kluster Avenue, Kluster Kejora, Kluster Kasah, Kluster Summer dan Kluster Mengketil.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Kluster Avenue melibatkan daerah Penampang di Sabah manakala Kluster Kejora di daerah Kota Kinabalu di Sabah.

Selain itu, Kluster Kasah pula melibatkan daerah Kepong, Kuala Kuala Lumpur dan Kluster Summer pula melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang.

Kluster Mengketil pula melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merai di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu.

1. KLUSTER AVENUEi.

Melibatkan daerah Penampang, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39819) merupakan seorang penyelia tapak pembinaan yang dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020.

Kes indeks telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

Saringan kontak rapat telah mengesan 109 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring, di mana 110 kes dikesan positif Covid-19 (106 kes baharu) dan  136 individu dikesan negatif

2. KLUSTER KEJORA

Melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48798) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 (6 kes baharu) manakala 62 individu dikesan negatif

3. KLUSTER KASAH

Melibatkan daerah Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif hasil saringan kumpulan berisiko tinggi iaitu pekerja-pekerja di sebuah syarikat keselamatan pada 17 November 2020.

Kesemua kes merupakan bukan warganegara dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana: 19 kes dikesan positif Covid-19 (19 kes baharu) dan 51 individu masih menunggu keputusan

4. KLUSTER SUMMER

Melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42775) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif Covi-19.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 (3 kes baharu), 38 individu dikesan negatif dan

emoat individu masih menunggu keputusan

5. KLUSTER MENGKETIL

Melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah Besut di negeri Terengganu.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana: 24 kes dikesan positif Covid-19 (12 kes baharu),) 164 individu dikesan negatif manakala 22 individu masih menunggu keputusan

Related posts

Leave a Comment