362 kes baharu di Saudi

RIYADH 17 Nov. – Arab Saudi mencatatkan 362 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes 353,918. Sebanyak 16 lagi pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 5,692 kematian. Kes aktif pula 7,122 di mana 816 kritikal. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 436 pesakit pulih dan menyumbang kepada peningkatan kes sembuh iaitu 341,104 atau 96.37 peratus daripada  keseluruhan kes. Sementara itu, Madinah merekodkan 49 kes, diikuti Riyadh 35, dan Makkah 29.

Read More

Kes berkaitan tempat kerja

PUTRAJAYA 17 Nov. – Peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri-negeri di Lembah Klang sejak kebelakangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kes berkaitan dengan tempat kerja,. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan-Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya adalah pusat tumpuan warga pekerja. “Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, beliau berkata daripada 162 kluster aktif Covid-19 yang dilaporkan, sebanyak 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja, termasuk empat kluster baharu yang diumumkan hari ini. Sehubungan itu, Kementerian…

Read More

Sabah tertinggi diikuti Selangor

SABAH  mencatatkan jumlah tertinggi dengan 499 kes diikuti Selangor 259, Kuala Lumpur 238, Negeri Sembilan 67, Perak 47 dan Pulau Pinang 33. Negeri lain pula ialah Kelantan 19 kes, Johor 14, Kedah lapan, Melaka dan Putrajaya masing-masing dua kes manakala satu kes masing-masing bagi Labuan, Sarawak dan Terenggganu. Lembah Klang merekodkan 518 kes positif atau 42.8 peratus daripada keseluruhan kes dan 172 kes atau 14.2 peratus adalah membabitkan kluster penjara.

Read More

Lima kluster baharu, 5 tamat

PUTRAJAYA 17 Nov. – Lima lagi kluster dikenal pasti ketika Kementerian Kesihatan mengisytiharkan lima kluster ditamatkan iaitu Kluster Bangau-Bangau, Kluster Tasik, Kluster Olive, Kluster Buang Sayang dan Kluster Kau Sing. Sebanyak 41 kluster aktif dengan kes baharu dilaporkan hari ini termasuk lima kluster baharu. Kluster Avenue catat kes baharu tertinggi (106) antara semua kluster baharu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu yang dikenal pasti ialah Kluster Avenue, Kluster Kejora, Kluster Kasah, Kluster Summer dan Kluster Mengketil. Dalam satu kenyataan, beliau berkata Kluster Avenue melibatkan daerah Penampang…

Read More

Jumlah kes hampir 50,000

PUTRAJAYA 17 Nov. – Sebanyak 1,210 jangkitan baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 ketika ini 49,730 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata negeri di sekitar Lembah Klang merekodkan 518 kes positif baharu. Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes (84.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster di mana 206 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan bukan warganegara. Sebanyak 142 kes (52.4 peratus) yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang melibatkan 131 (92.3 peratus)…

Read More

Tiada lagi senyuman dan sapaan mesra seorang sahabat

PAGI ini 17 November 2020,  menerima perkhabaran duka mengenai pemergian dua orang bekas warga kerja Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Seorang dari Jabatan Pengeluaran Bangi dan seorang dari Jabatan Pengarang. Khabar pertama, Mohd Riza Osman meninggal dunia pukul 6.45 pagi selepas sesak nafas di rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih disusuli berita Dato Baharom Mahusin pergi buat selamanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pukul 7.23 pagi  akibat jangkitan kuman dalam darah. Untuk rekod, kedua-duanya adalah antara lebih 700 bekas kakitangan yang memilih skim pemberhentian sukarela (VSS) yang masih menunggu…

Read More