Putrajaya di zon merah

PUTRAJAYA 11 Nov. – Selangor merekodkan 178 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import.

Klang mendahului dengan 48 kes, lebih rendah berbanding 109 semalam.

Setakat ini, jumlah kes positif yang dicatatkan di daerah itu adalah 624, tertinggi di Selangor.

Hulu Langat pula 39, Petaling 36, Kuala Langat 26, Sepang 19,  Gombak tujuh dan Kuala Selangor satu. Tiada kes di Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Daripada 176 kes tempatan, 102 adalah daripada kluster-kluster sedia ada.

Sementara itu Kuala Lumpur merekodkan 17 kes termasuk empat kes import

Kepong mencatatkan lapan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di daerah itu sebanyak 77 kes dan yang tertinggi antara semua daerah.

Cheras merekodkan empat kes, Lembah Pantai tiga, dan Titiwangsa dua kes.

Putrajaya yang naik menjadi zon merah merekodkan tiga kes dan setakat ini mencatatkan 42 kes yang berlaku dalam kluster sedia ada.

Secara keseluruhan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 259 kes positif.

Related posts

Leave a Comment