Najib bahas Belanjawan 2021

SELEPAS ANWAR, NAJIB PULA READY
(selak-selak.com)

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim telah pun membahaskan Belanjawan 2021. Banyak persoalan dan keraguan yang ditimbulkan oleh bekas Menteri Kewangan itu. Justeru Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan kerajaan kemungkinan Belanjawan 2021 melalui laluan sukar untuk diluluskan.

Esok, Selasa seorang lagi mantan Menteri Kewangan, Najib Razak akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Melaui Facebooknya, Najib memaklumkan : “Saya diberitahu perbahasan saya untuk bajet 2021 telah dijadual semula ke hari esok 11am. Saya ready.”

Kita tunggu dan lihat apa pula pandangan beliau yang sebelum ini berpengalaman menjadi pembentang Bajet atau Belanjawan sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Adakah moratorium, KWSP antara yang bakal disentuh?

Harap esok, jangan pula ada sesiapa YB yang tarik kerusi ketika Najib berucap. Gangguan tu. Hari ini ketika Anwar berucap, muncul Presiden Amanah tarik kerusi Anwar bagi membolehkan Mat Sabu mengambil tempat duduk beliau.

 

Related posts

Leave a Comment