PKP Sabah ditentukan Isnin

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebaliknya di Sabah akan diputuskan dalam mesyuarat teknikal, pada Isnin depan.

Ia adalah berikutan hampir kesemua daerah di negeri itu diisytiharkan zon merah.

Hari ini Sabah melaporkan  616 kes iaitu 245 kes daripada kluster sedia ada (220 daripadanya adalah daripada PTS dan penjara), 11 kes lagi daripada kluster Softwood LD (baharu) dan 205 kes daripada saringan kontak rapat dan baki 155 daripada lain-lain saringan Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang perubahan perintah pergerakan akan diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya percaya dengan banyaknya kawasan merah (semua daerah) kita tidak tahu ke arah mana kita nak pergi. Isnin depan MKN dan KKM akan bentangkan dalam sidang khas,” katanya pada sidang media di sini.

Ismail Sabri berkata sekiranya ia melibatkan perubahan dalam perjalanan sektor ekonomi, mesyuarat khas akan turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Related posts

Leave a Comment