Tiada keraguan ke White House

WASHINGTON – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokart, Joe Biden mengisyiharkan bahawa “tiada keraguan” bahawa beliau akan menewaskan Presiden AS, Donald Trump.

“Kami terus berasa amat baik. Kami tidak menolak keraguan bahawa apabila pengiraan sudah berakhir, Senator (kamala) Harris dan saya akan diisytiharkan sebagai pemenang,” kata Biden di bandar kelahirannya di Wilmington, Delaware.

Biden, 77, memerlukan kemenangan dari satu atau dua buah negeri lagi bagi mendapatkan 270 undi elektrotal untuk menduduki Rumah Putih sementara Trump, 74, memerlukan kemenangan di beberapa negeri untuk kekal sebagai Presiden AS.

Biden yang berjanji untuk memulihkan negara AS yang telah dicemari dengan perpecahan rakyat selama empat tahun Trump berkuasa meminta “rakyat supaya bertenang.”

“Proses sedang berjalan. Pengiraan undi sedang dilakukan dan kita akan ketahui tidak lama lagi,”

Dalam hantaran di Facebooknya pagi ini 6 November  (waktu Malaysia), Biden berkata, “Tiada sesiapa yang akan mengambil demokrasi kita daripada kita. Bukan sekarang, tidak sekali-kali,”

Trump sebelum itu  berulang kali mendakwa berlaku penipuan undi dan meminta supaya pengiraan undi dihentikan.

“Jika anda mengira undi yang sahih, saya sudah memenangi pilihan raya dengan mudah. Jika anda mengira undi yang haram dan lambat, mereka akan mencuri pilihan raya daripada kita,” tambah Presiden AS itu.

Related posts

Leave a Comment