1,009 kes baharu, 6 kematian

PUTRAJAYA 5 Nov. – Sebanyak 1,009 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini sebanyak 36,434 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu terdapat sembilan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

Sembilan kes import yang direkodkan melibatkan empat warganegara manakala selebihnya bukan warganegara yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 10,503 kes.

Sabah yang merupakan negeri tertinggi penularan COVID-19 mencatat pertambahan sebanyak 564 kes diikuti negeri-negeri di Lembah Klang iaitu sebanyak 168 kes.

Kes kematian baharu pula sebanyak enam kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 277 kes.

Setakat ini, sebanyak 78 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurut Dr Noor Hisham, dalam masa sama sebanyak 839 kes pulih direkodkan hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada Covid-19 sebanyak 25,654 kes.

Kementerian Kesihatan juga mengenal pasti lima kluster baharu hari ini.

Related posts

Leave a Comment