450 kes, 18 kematian di Saudi

RIYADH 5 Nov. – Arab Saudi merekodkan tambahan kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 450 kes baharu berbanding 426 kes semalam tetapi kurang daripada catatan Selasa sebanyak 473 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini adalah sebanyak 349,386 dengan kes aktif 7,829 di mana 763 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 5,489 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 474 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh 336,068 atau 96.17 peratus daripada jumlah kes.. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi…

Read More

Indonesia atasi kes Filipina

JAKARTA 5 Nov. – Indonesia mengatasi Filipina dalam jumlah kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan lebih 425,000 kes berbanding Filipina lebih 389,000 kes. Kes jangkitan di Indonesia meningkat kepada 425,796 kes selepas merekodkan 4,065 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini) dengan kes aktif 54,306. Provinsi Jakarta mencatatkan kes harian tertinggi dengan 797 kes menjadikan kumulatifnya 109,411 kes diikuti Jawa Barat 627, Jawa Tengah 360, Kalimantan Timur 307 dan Jawa Timur 278. Bagi pesakit meninggal dunia, sebanyak 89 kes dilaporkan yang membawa…

Read More

Zon merah elak balik kampung

PUTRAJAYA 5 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan individu yang berada di zon hijau supaya mengelakkan diri daripada penduduk berisiko dari zon merah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bagi mencegah jangkitan Covid-19 yang dibawa daripada aktiviti rentas daerah atau negeri. “Kalau boleh elak rentas negeri atau daerah sebab kita jangan bawa ke zon hijau walau kita tiada gejala… kerana 60 hingga 70 peratus yang dijangkiti tiada gejala. “(Individu) di kawasan zon hijau pastikan mereka ambil tindakan berjaga-jaga. Siapa-siapa ada di zon merah, elak kes (mereka…

Read More

SOP Deepavali

KUALA LUMPUR 5 Nov  — Tiada pergerakan rentas mukim, daerah atau negeri dibenarkan bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tujuan balik kampung bersempena Deepavali. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, penganut Hindu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPB dibenarkan mengikuti upacara keagamaan pada hari pertama sambutan pada 14 November ini dengan SOP yang ketat. Bagaimanapun, aktiviti sembahyang di rumah ibadat, aktiviti ziarah dan perniagaan adalah tidak dibenarkan dalam kawasan PKPD. Bercakap pada sidang media perkembangan PKPP di sini, hari…

Read More

1,009 kes baharu, 6 kematian

PUTRAJAYA 5 Nov. – Sebanyak 1,009 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini sebanyak 36,434 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu terdapat sembilan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Sembilan kes import yang direkodkan melibatkan empat warganegara manakala selebihnya bukan warganegara yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 10,503 kes. Sabah yang merupakan negeri tertinggi penularan COVID-19 mencatat pertambahan sebanyak 564 kes diikuti negeri-negeri di Lembah Klang…

Read More

506 individu ingkar arahan

KUALA LUMPUR 5 Nov. – PDRM telah menahan 506 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam. Seramai 498 individu dikompaun, enam direman dan dua dijamin. Mengenai Kawalan Sempadan Negara, semalam Op Benteng telah berjaya menahan 41 PATI, dua tekong, dua penyeludup  serta merampas lima kenderaan darat. Daripada jumlah itu, pasukan ATM berjaya menahan 23 PATI di kawasan Hutan Desaru Coast, Johor.

Read More

Lagi PKPD dan PKPB

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua lokasi baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga lokasi Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu melibatkan Pusat Tahanan Sementara Tawau, Sabah dan di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan mulai esok sehingga 19 November. PKPD di Tawau melibatkan 1,707 inidividu yang terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan manakala di Sandakan melibatkan seramai 1,605 individu yang merangkumi 1,308 orang tahanan dan 297 orang kakitangan. Sementara itu PKPD…

Read More