450 kes, 18 kematian di Saudi

RIYADH 5 Nov. – Arab Saudi merekodkan tambahan kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 450 kes baharu berbanding 426 kes semalam tetapi kurang daripada catatan Selasa sebanyak 473 kes.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini adalah sebanyak 349,386 dengan kes aktif 7,829 di mana 763 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 5,489 kematian.

Pada masa yang sama, sebanyak 474 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh 336,068 atau 96.17 peratus daripada jumlah kes..

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 67 diikuti Makkah 51, Madinah 50 dan Jeddah 28 kes.

Related posts

Leave a Comment