3,143 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 3,143 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, 31 Oktober 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 410,088.

Lima wilayah mencatatkan penambahan kes baharu iaitu Jakarta 750, Jawa Tengah 617, Jawa Barat 411, Sumatera Barat 252 dan Jawa Timur 223.

Bagi tempoh yang sama, sebayak 87 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 13,869 pesakit meninggal dunia sementara kes aktif pula sebanyak 58,418.

Kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 3,506 lagi pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih mencecah 337,801 orang.

Related posts

Leave a Comment