402 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi melaporkan 402 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, 31 Oktober, berbanding 398 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 347,282 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 5,402 kes termasuk 19 kematian baharu yang dilaporkan hari ini.

Kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 433 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih setakat ini 333,842.

Sementara kes aktif adalah 8,038 di mana 766 adalah kritikal.

Daripada 402 kes baharu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 59 diikuti Buraidah 44, Hail 33, Makkah 32, Yanbu 24 dan Jeddah 12.

Related posts

Leave a Comment