Katil ICU ditambah

BAGI menangani peningkatan kes Covid-19, keperluan penyediaan katil ICU telah dipertingkatkan di seluruh negara sebanyak 90 peratus, iaitu 514 katil pada 26 Oktober 2020, berbanding 50 katil pada peringkat awal pandemik pada bulan Mac.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr. Rohaizat Yon berkata, sehingga 26 Oktober 2020, kadar penggunaan katil ICU adalah 23 peratus sahaja, dan masih mempunyai kapasiti sebanyak 77 peratus.

Katanya, setakat 26 Oktober, terdapat 1,539 ventilator di seluruh negara yang menunjukkan peningkatan sebanyak 97 peratus berbanding 50 ventilator di peringkat awal penularan wabak.

Kadar penggunaan ventilator di seluruh negara adalah 37 peratus sahaja dan masih mempunyai 63 peratus ventilator untuk digunakan sekiranya diperlukan.

Bagi Sabah pula, setakat 26 Oktober, terdapat 150 katil ICU dengan kadar penggunaan sebanyak 69 peratus manakala ventilator pula adalah sebanyak 193 dengan kadar penggunaan sebanyak 33 peratus.

Selain itu, peruntukan tambahan telah diluluskan untuk mempertingkatkan ICU di Hospital Queen Elizabeth serta mewujudkan ICU tambahan di hospital sama. Malah, Hospital Duchess of Kent juga mendapat peruntukan untuk ICU tambahan.

Bilangan katil ICU telah dan akan terus dipertingkatkan dengan membuat ubah suai dan renovasi kawasan klinikal tertentu misalnya wad rawatan harian menjadi ICU.

Related posts

Leave a Comment