Sabah terus mendahului kes

 

SABAH mendahului 410 kes baharu hari ini, lebih rendah berbanding semalam, 26 Oktober. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 60 kes adalah dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Lintas (baharu), 218 saringan kontak rapat dan

132 lain-lain saringan Covid-19

NEGERI SEMBILAN pula mencatatkan 155 kes melalui kluster sedia ada yang merekodkan 149 kes, empat kes saringan kontak rapat dan dua lain-lain saringan Covid-19.

SELANGOR merekodkan 126 kes yang meliputi 59 kes kluster sedia ada, 42

saringan kontak rapat, 24 lain-lain saringan Covid-19 dan satu Kes import dari India

LABUAN merekodkan 76 kes iaitu 69 kes kluster-kluster sedia ada dan kluster Limbungan (baharu), lima lain-lain saringan Covid-19, satu kes import dari India

dan satu import dari Bulgaria

SARAWAK mencatatkan 16 kes iaitu 12 kluster sedia ada, tiga saringan kontak rapat

dan satu lain-lain saringan Covid-19

PULAU PINANG mencatatkan 13 kes melalui 12 kes kluster-kluster sedia ada

dan satu lain-lain saringan Covid-19 sementara PERAK mencatatkan 11 kes dari

kluster-kluster sedia ada.

KUALA LUMPUR juga mencatatkan 11 kes iaitu enam dari kluster-kluster sedia ada,

satu saringan kontak rapat, dua lain-lain saringan Covid-19, satu kes import masing-masing dari Indonesia dan Bulgaria.

JOHOR merekodkan lapan kes iaitu tujuh dari kluster-kluster sedia ada dan satu

saringan kontak rapat.

KEDAH pula merekodkan empat kes dari kluster sedia ada, begitu juga TERENGGANU empat kes dari kluster sedia ada dan PUTRAJAYA satu kesĀ saringan kontak rapat.

 

Related posts

Leave a Comment