Kes di Indonesia 404,048

ANGKA kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 3,565 kes dilaporkan hari ini, 29 Oktober yang membawa kumulatifnya mencapai 404,048 berbanding 400,483 semalam.

Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, kes aktif pula sebanyak 60,569 kes.

Kes harian tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 713 kes menjadikan kumulatifnya 104,235 kes diikuti Jawa Barat 459 kes (35.607), Jawa Tengah 368 (33.100), Sumatera Barat 335 (13.984) dan Jawa Timur 268 (52,020).

Bagi kes kematian pula, 89 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatifnya mencapai 13,701 kes.

Jawa Timur merekodkan 16 kematian menjadikan kumulatifnya masih tertinggi iaitu 3.740, Jakarta 14 (2.218), Sulawesi Selatan 10 (463), Sumatera Barat sembilan (251), Jawa Tengah sembilan (1.720), tiada kematian di Jawa Barat dan kumulatifnya 714. 

Sementara jumlah kumulatif pesakit sembuh pula adalah sebanyak 329,778 dengan pertambahan kes sembuh hari ini 3.985 orang. 

Jakarta mencatatkan 1,078 kes sembuh dengan kumulatifnya 91,142 kes, Sumatera Barat 550 (8.833),.Jawa Barat 492 (24.999), Kalimantan Timur 275 (10,542), Jawa Timur 254 (45,937), Jawa Tengah 230 (27,508), Riau 221 (10,688).

Related posts

Leave a Comment