435 kes baharu di Saudi

KES jangkitan koronavirus Covid-19 dalam keadaan turun naik di Arab Saudi tetapi jumlahnya masih di bawah paras 500 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kes ynag direkodkan hari ini adalah sebanyak 435, meningkat 19 kes berbanding 416 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 346,482 sementara 8,114 kes aktif dengan 776 kritikal.

Pada Selasa lalu, 27 Oktober, sebanyak 399 kes direkodkan berbanding Isnin 357, Ahad 323, Sabtu 395, Jumaat 383 dan Khamis 22;Oktober 401 kes.

Kematian yang dilaporkan hari ini pula adalah 15 kes yang membawa kepada jumlah kumulatif 5,363 kematian.

Kementerian juga memaklumkan sebanyak 455 kes sembuh dicatatkan yang menjadikan jumlah pulih sebanyak 333, 005 atau 96.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes..

Sementara itu, Madinah merekodkan 47 kes, Makkah dan Riyadh masing-masing 46 kes dan Yanbu 33 kes.

Sebanyak 58,561 ujian saringan Covid-19 turut dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Related posts

Leave a Comment