416 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 416 kes koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan 346,047 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 19 kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif 5,348 kematian. Sebanyak 433 kes pulih dicatatkan bgai tempoh 12 tengah hari semalam dan 12 tengah hari ini, 28 Oktober. Ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 332,550 atua 96.09 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Madinah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 75 kes diikuti Riyadh 49, Makkah 47 manakala Jeddah 10 kes. Sebanyak 58,861 ujian saringan dilakukan dalam tempoh 24…

Read More

Kes di Indonesia lepasi 400,000

JAKARTA : Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 400,000 selepas merekodkan angka keseluruhan kes sebanyak 400,483 termasuk 4,029 kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam, sejak 12 tengah hari semelam, 27 Oktober. Jakarta kekal mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 103,522 kes setelah tambahan 844 kes baharu manakala Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,724 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 100 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 13,612 orang. Bagaimanapun sebanyak 325,793 pesakit daripada 400,483 yang disahkan positif virus itu, telah…

Read More

Sukar tidur fikirkan Covid-19

PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengakui  turut mengalami kelesuan serta tekanan mental dan fizikal yang amat tinggi dalam menghadapi perang melawan Covid-19. Katanya, perang menentang musuh halimunan yang berlanjutan sejak awal tahun ini bukan sahaja memberikan kesan dan tekanan kepada petugas barisan hadapan, malah kepada warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM). “Ini adalah kerana kami berperang berterusan tanpa henti untuk 10 bulan tanpa cuti. Setiap hari, kami ada mesyuarat dan ada tindakan (susulan). “Setiap lapisan warga kerja KKM membuat kerja dengan sebaik mungkin dan mungkin ada yang…

Read More

546 kes di Sabah

BERDASARKAN laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Negeri Sabah pada hari ini, 28 Oktober adalah sebanyak 546 kes. Bilangan kematian adalah tujuh orang. Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 13,701 kes. Sehingga hari ini, seramai 7,225 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 3,796 pesakit sedang menerima rawatan. Jumlah Kumulatif Kes Sembuh: 7,225 Pesakit Jumlah Kumulatif Kes Positif: 13,701 Kes Jumlah Pesakit Sedang Menerima Rawatan: 3,796 Pesakit Jumlah Kes Positif Hari Ini: 546 Kes Jumlah Kematian Hari ini: 7 Kes Hari ini tiada penambahan…

Read More

Tiga kampung dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang di Kudat bermula 30 Oktober sehingga 12 November depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD bagi ketiga-tiga lokaliti berkenaan merangkumi sebanyak 2,393 unit rumah yang melibatkan seramai 13,884 penduduk. Pada masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 31 Oktober sehingga 13 November depan. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Labuan bermula 17 Oktober sehingga 30 Oktober.…

Read More

801 kes baharu, 8 kematian

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan sebanyak 801 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 29,441 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan. Dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 10,123 kes. Menurut Dr Noor Hisham, dalam tempoh 24 jam juga, Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes (68.2 peratus) manakala negeri-negeri di…

Read More

508 ingkar arahan PKPP

KUALA LUMPUR:  Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan 508 individu di atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang melibatkan 501 individu dikompaun manakala enam direman dan seorang dijamin. Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan itu termasuklah tidak memakai pelitup muka (160), gagal menyediakan butiran diri (113), gagal mengamalkan penjarakan fizikal (97) dan premis beroperasi lebih masa (33). Katanya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 52,327 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP. Sebanyak 3,028 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 23,274…

Read More

Sokong Belanjawan 2021

AHLI- ahli Dewan Rakyat dinasihatkan memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Ini kerana belanjawan itu amat penting kepada Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak ini dari terus merebak. Nasihat itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad…

Read More