801 kes baharu, 8 kematian

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan sebanyak 801 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 29,441 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 10,123 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, dalam tempoh 24 jam juga, Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes (68.2 peratus) manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatat pertambahan sebanyak 103 kes baharu.

Katanya, dalam tempoh 24 jam juga, lapan kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kematian sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mengenai kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, beliau berkata setakat ini, terdapat sebanyak 94 kes sedang dirawat dan daripada jumlah itu, 25 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 573 kes telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19,072 kes atau 64.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment