224 gagal pakai pelitup muka

POLIS  DiRaja Malaysia (PDRM) menahan 585 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana 569 individu dikompaun manakala 13 lagi direman dan tiga dijamin.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan itu adalah 224 gagal memakai pelitup muka,  199 gagal mematuhi penjarakan fizikal dan  96 premis gagal menyediakan kemudahan merekodkan diri.

Beliau juga memberitahu Operasi Benteng berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 27 pendatang tanpa izin dan  dirampas lapan kenderaan darat.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM membuat 54,805 pemeriksaan pada 23 Oktober 2020 bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard PKPP.

Sebanyak 3,105 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,666 anggota telah membuat pemantauan di 3,324 pasar raya, 4,383 restoran dan 1,142 kilang.

Mengenai kuarantin, seramai 8,378 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 381 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 44,900 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Beliau juga memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan sehingga 9 November depan.

Related posts

Leave a Comment