1,228 kes baharu, 7 kematian

PUTRAJAYA: Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini melonjak kepada 25,742 kes apabila angka jangkitan harian pada hari ini merekodkan 1,228 kes, paling tinggi sejak penularan jangkitan Covid-19 .
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,966 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau juga memberitahu, terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 221 kes.

Setakat ini terdapat 92 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dairpada jumlah itu, 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment