4,369 kes baharu Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,369 kes baharu Covid-19 hari ini, 23 Oktober 2020 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini meningkat kepada 381,910 kes sementara 63,733 kes lagi masih aktif. Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan 952 kes dan menjadikan jumlah kumulatifnya 99,158. Sebanyak 118 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada peningkatan 13,077 kematian. Sekali lagi Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi dengan 21 kes dan kumulatifnya bertambah menjadi 2,126 manakala Jawa Tengah mencatatkan 15 kematian. Mengenai kes sembuh, 4,094 lagi pesakit pulih dan ini membawa kepada jumlah sembuh meningkat kepada 305,100. Kes sembuh…

Read More

Anwar bimbang laporan darurat

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan dengan laporan kerajaan berusaha untuk mengambil langkah menyekat proses Parlimen yang disifatkan sebagai babak sejarah yang tidak pernah berlaku. Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sedang bergelut dengan isu keabsahan dan gagal menunjukkan majoriti di Parlimen sedang menggunakan krisis Covid-19 sebagai alasan penyalahgunaan kuasa. Katanya, pengisytiharan darurat hanya dilakukan apabila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara. “Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang…

Read More

383 kes, 14 meninggal dunia

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila 383 kes dilaporkan hari ini, 23 Oktober berbanding 401 semalam dan 405 kes pada 21 Oktober lalu. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan jangkitan di Arab Saudi meningkat kepada 344,157 kes sementara kes aktif sebanyak 8,315 di mana 796 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah kematian kini 5,264 orang. Sebanyak 397 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa jumlah pesakit pulih meningkat kepada 330,578 atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Riyadh mencatatkan…

Read More

Perlis tiada kes, Sabah 528

SABAH mencatatkan 528 kes positif Covid-19 di mana  203 dari kluster sedia ada dan kluster Samudera (baharu), 169 dari saringan kontak rapat dan 156 lain-lain saringan. SELANGOR pula mencatatkan 62 kes iaitu 29 dari kluster-kluster sedia ada serta kluster Palma dan kluster Jaya (baharu), 18 dari saringan kontak rapat, satu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 14 lain-lain saringan PULAU PINANG merekodkan 39 kes dari kluster sedia ada diikuti NEGERI SEMBILAN sebanyak 37 kes iaitu 28 dari kluster sedia ada dan kluster Jaya (baharu), dua kes kontak rapat dan…

Read More

710 kes, 10 kematian

SEPULUH kematian dicatatkan hari ini, 23 Oktober, angka tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 214 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 710 kes baharu juga direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 24,514 kes. Daripada jumlah itu, terdapat satu kes import di Kuala Lumpur yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari Nepal. “Berdasarkan angka itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 8,416 kes,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat. Mengenai kes kematian…

Read More

639 ingkar arahan ditahan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Penjara Pokok Sena yang dijadual tamat esok,Sabtu dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 7 November 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan sepenuhnya di dalam Penjara Pokok Sena terutama dalam kalangan kakitangan. Jelasnya, ia dilakukan atas cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerajaan sebelum ini mengumumkan berkenaan dengan pelaksanaan PKPD di Penjara Pokok Sena sejak 11 Oktober 2020 sehingga 24 Oktober 2020. Saringan oleh KKM sehingga 22 Oktober 2020, masih terdapat kes positif di…

Read More