4,369 kes baharu Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,369 kes baharu Covid-19 hari ini, 23 Oktober 2020 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini meningkat kepada 381,910 kes sementara 63,733 kes lagi masih aktif.

Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan 952 kes dan menjadikan jumlah kumulatifnya 99,158.

Sebanyak 118 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada peningkatan 13,077 kematian.

Sekali lagi Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi dengan 21 kes dan kumulatifnya bertambah menjadi 2,126 manakala Jawa Tengah mencatatkan 15 kematian.

Mengenai kes sembuh, 4,094 lagi pesakit pulih dan ini membawa kepada jumlah sembuh meningkat kepada 305,100.

Kes sembuh tertinggi juga dicatatkan Jakarta dengan 1.093 dan kumulatifnya

84,337 kes.

Sementara itu, FILIPINA sehingga pukul 4 petang hari ini, 23 Oktober 2020, melaporkan jumlah kes Covid-19 kini meningkat kepada 365,799, selepas 1,923 lagi kes  baharu disahkan.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 46,193.

Jabatan Kesihatan juga mengumumkan 132 lagi kematian direkodkan yang menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia kini 6,915 orang.

Sebanyak 424 pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 312,691.

SINGAPURA pula melaporkan 10 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari 23 Oktober sekali gus membawa jumlah kes di negara itu meningkat kepada 57,951.

Semua jangkitan baharu itu adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment