SABAH mencatatkan 528 kes positif Covid-19 di mana 203 dari kluster sedia ada dan kluster Samudera (baharu), 169 dari saringan kontak rapat dan 156 lain-lain saringan.
SELANGOR pula mencatatkan 62 kes iaitu 29 dari kluster-kluster sedia ada serta kluster Palma dan kluster Jaya (baharu), 18 dari saringan kontak rapat, satu
saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 14 lain-lain saringan
PULAU PINANG merekodkan 39 kes dari kluster sedia ada diikuti NEGERI SEMBILAN sebanyak 37 kes iaitu 28 dari kluster sedia ada dan kluster Jaya (baharu), dua
kes kontak rapat dan tujuh lain-lain saringan.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN mencatatkan 19 kes di mana 16 dari kluster sedia ada, satu saringan kontak rapat dan dua lain-lain saringan manakala KUALA LUMPUR 11 kes iaitu lima dari kluster sedia ada dan Kluster Palma (baharu), dua saringan kontak rapat, tiga lain-lain saringan dan satu import dari Nepal.
PERAK merekodkan empat kes iaitu satu dari kluster sedia ada dan tiga lain-lain saringan, JOHOR juga empat kes iaitu satu dari kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat dan satu lain-lain saringan.
TERENGGANU pula melibatkan satu kes saringan kontak rapat dan satu lain-lain saringan, SARAWAK dua kes dari lain-lain saringan, KEDAH satu kes dari kluster sedia ada dan PAHANG juga satu kes kluster sedia ada.