383 kes, 14 meninggal dunia

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila 383 kes dilaporkan hari ini, 23 Oktober berbanding 401 semalam dan 405 kes pada 21 Oktober lalu.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan jangkitan di Arab Saudi meningkat kepada 344,157 kes sementara kes aktif sebanyak 8,315 di mana 796 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah kematian kini 5,264 orang.

Sebanyak 397 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa jumlah pesakit pulih meningkat kepada 330,578 atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 42 kes diikuti Makkah 40, Madinah 38, Hail 28, dan Jeddah 11 kes.

Related posts

Leave a Comment