SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini, 21 Oktober 2020.
Sesi selama satu jam itu bermula pukul 8.00 pagi.
Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.