TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya melaksanakan satu lagi misi iaitu membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Tawau dan Kota Kinabalu bagi memberikan bantuan perubatan dalam usaha KKM menbendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di Sabah.

Pasukan petugas itu terdiri daripada 48 orang Tim Mobilisasi dan 20 orang Tim Sukarelawan.

Bagi pelaksanaan misi ini, TUDM mengatur gerak sebuah pesawat angkut jenis C130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Penerbangan semalam, 20 Oktober turut membawa peralatan perubatan KKM seperti “VTM, Mobile X-Tray, Super Script dan RTK” yang diturunkan di Kota Kinabalu bagi kegunaan pusat kesihatan di situ.

Penerbangan ini dikendalikan oleh Kapt Aiman TUDM selaku juruterbang dan Kapt Raja TUDM selaku pembantu juruterbang. Anak kapal lain yang turur membantu misi ini adalah jurutera penerbangan, Mej Azrin TUDM, jurumalim, Kapt Firdaus TUDM serta 3 orang loadmaster iaitu FSjn Firdaus, FSjn Kiran dan Sjn U Osman.

Bagi penerbangan pulang, pesawat C130H ini telah membawa 30 kotak sampel “swab test” dari Tawau dan Kota Kinabalu yang mana diserahkan kepada KKM sebaik tiba di PU Subang. Sampel-sampel tersebut akan dilaksanakan ujian pengesahan di makmal-makmal di semenanjung.

Related posts

Leave a Comment