Masjidilharam dibuka semula

MAKKAH: Selepas tujuh bulan ditutup, Arab Saudi membuka semula Masjidilharam pada Ahad untuk ibadat solat selain memperluaskan ibadat umrah bagi menampung 15,000 jemaah susulan penurunan kes Covid-19 di negara itu.

Warganegara dan penduduk di Arab Saudi yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam Masjidilharam dengan pelaksanaan langkah kesihatan yang ketat.

Semua penduduk kini boleh menunaikan solat Subuh hari ini, Ahad di Masjidil Haram ketika pihak berkuasa mulai melaksanakan fasa kedua penyambungan umrah secara beransur-ansur.

Awal bulan ini, Arab Saudi membenarkan sehingga 6,000 warganegaranya dan penduduk setiap hari untuk melaksanakan umrah selepas ia dilarang sejak Mac lalu.

Fasa kedua umrah bermula Ahad dan jumlah jemaah dinaikkan sebanyak 15,000 orang, manakala seramai 40,000 orang termasuk mereka yang menjalani ibadat umrah dibenarkan untuk solat di masjid.

Bagi fasa ketiga yang bermula 1 November ini, jemaah dari luar akan diberikan permit dengan jumlah dibenarkan ialah 20,000 saja, dengan keseluruhan jemaah yang boleh melakukan ibadat solat dan umrah ialah 60,000.

Pelbagai langkah keselamatan diambil, di mana Hajarul Aswad tidak dibenarkan untuk disentuh jemaah.

Masjidilharam sentiasa disanitasi sebelum dan selepas setiap kali kumpulan jemaah mengerjakan ibadat dan pengimbas suhu juga dipasang untuk mengimbas suhu jemaah.

(Foto FB Haramain & Life in Saudi Arabia)

Related posts

Leave a Comment