213 gagal pakai pelitup muka

GAGAL memakai pelitup muka masih mendahului kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Daripada 649 individu yang ditahan, 213 tidak memakai pelitup muka, 151 ingkar penjarakan fizikal, 67 gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri, 75 aktiviti pusat hiburan dan lain-lain 143.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 606 individu dikompaun dan 43 lagi direman.

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai Op Benteng, 92 PATI ditahan dan empat kenderaan darat ditahan. Daripada jjumlah itu, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja berjaya menangkap 26 PATI di Kolam Udang Agriculture, Johor Bahru, Johor.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 51,235 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Ketika ini, 8,386 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 69 hotel dan 16 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan

Sebanyak 381 individu pula dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 42,468 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

Related posts

Leave a Comment