Bertanggungjawab patuh SOP

PEMILIK premis dan orang ramai mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jangan terlalu mengharapkan kehadiran pihak penguat kuasa untuk memastikan SOP benar-benar dipatuhi.

SOP yang dirangka sudah jelas walaupun tiada jaminan mereka yang bergejala malahan yang β€˜bergelang’ terlepas memasuki premis hanya dengan melakukan saringan suhu.

Pengendali premis juga tidak β€˜mempunyai masa’ untuk memantau, kebanyakan ambil sikap mudah, membiarkan pengunjung masuk tanpa mematuhi SOP, kadang-kadang pengimbas suhu pun tidak berfungsi.

Di restoran, kebanyakan jarak fizikal terabai. Kedudukan kerusi boleh tersentuh belakang bahu antara satu sama lain. Pekerja tidak memakai pelitup muka ketika mengambil pesanan atau memasak makanan. Itu yang jelas kelihatan.

Ramai juga yang melanggar jarak fizikal di kaunter atau ketika mengambil makanan. Timbul kemusyiklan apa bezanya sebelum ini di majlis kenduri perlu ada pramusaji tetapi di restoran ada yang bebas mengambil sendiri makanan.

Justeru, tidak ada jalan mudah bagi memutuskan rantaian Covid-19 kecuali masing-masing mempunyai sikap kawalan kendiri.

Berikut peringatan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara:

ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„πŒπˆπ‹πˆπŠ ππ‘π„πŒπˆπ’ 𝐃𝐀𝐍 πŽπ‘π€ππ† π€π–π€πŒ

Pemilik Premis

➑️ Pastikan pengunjung melakukan saringan suhu dan scan QR Code melalui aplikasi MySejahtera

➑️ Sekiranya tidak dapat menyediakan QR code, pastikan pengunjung merekodkan kehadiran di dalam buku

➑️ Pastikan pengunjung bergejala atau berisiko tinggi tidak dibenarkan masuk ke dalam premis

Orang Awam

➑️ Pastikan setiap kali kunjungi premis, lakukan saringan suhu dan scan QR Code melalui aplikasi MySejahtera atau jika tiada QR Code,rekod butiran diri dalam buku.

➑️ Membuat penilaian risiko dari semasa ke semasa

Related posts

Leave a Comment