ANGKA jangkitan dan kematian Covid-19 seluruh dunia terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah kes global meningkat kepada 38.4 juta dengan 1.09 juta kematian.
Menurut data Johns Hopkins University setakat pukul 8 pagi ini, jumlah keseluruhan kes adalah 38,411,907 dan kematian 1,090,579 manakala kes sembuh 26,592,465
Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 7,904,168 diikuti India 7,239,389 dan Brazil 5,140,863.
Rusia pula merekodkan 1,332,824 kes sementara Argentina, Colombia dan Sepanyol sedang menuju angka satu juta apabila masing-masing mencatatkan 931,967, 930,159 dan 908,056.
Enam negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Peru 853,974, Mexico 825,340, Perancis 820,054, Afrika Selatan 696,414, United Kingdom 657,455 dan Iran 513,219. Chile dan Iraq pula masing-masing merekodkan 485,372 dan 413,215 kes.
Lapan negara mencatatkan lebih 300,000 kes iaitu Bangladesh 382,959, Itali 372,799, Filipina 346,536, Indonesia 344,749, Jerman 341,771, Arab Saudi 340,590, Turki 340,450 dan Pakistan 320,463.
Israel mencatatkan 298,500 kes, Ukraine 283,762 dan Netherlands 201,932.
Sebanyak 18 negara merekodkan lebih 100,000 kes bermula dengan Kanada 191,906 dan Sweden 101,332 kes.
Negara lain yang berada dalam kumpulan ini adalah Belgium, Romania, Morocco, Ecuador, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Mesir, Qatar dan Kazakhstan.
Bagi kes kematian ,AS mendahului dengan 216,597, Brazil 151,747, India 110,586, Mexico 84,420, United Kingdom 43,245, Itali 36,289, Peru 33,419, Sepanyol 33,413, Perancis 33,056, Iran 29,349, Colombia 28,306 dan Argentina 24,921.
Rusia pula merekodkan 23,069, Afrika Selatan 18,151, Chile 13,415, Ecuador 12,264, Indonesia 12,156, Belgium 10,244 dan Iraq 10,021.
Kes sembuh pula menunjukkan India mendahului dengan 6,301,927 diikuti Brazil 4,526,393, AS 3,155,794, Rusia 1,035,141, Colombia 816,667, Peru 753,959, Argentina 751,146, Mexico 703,457 dan Afrika Selatan 626,898.