45 lagi kematian di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,764 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 243,238.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), bagi tempoh yang sama sebanyak 45 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah 2,370 kes.

Sebanyak 4,574 pesakit disahkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 187,622 kes.

Di samping itu, terdapat 53,246 kes aktif di mana 2,206 adalah kritikal.

Sementara itu, Jeddah mencatatkan kes tertinggi iaitu 260 kes diikuti Al Hufof 213,  Riyadh 208, Al Mobarraz 167, Dammam 159, Makkah 137, Taif 102 dan Madinah 98.

Related posts

Leave a Comment